Thursday, March 3, 2011

Susutnya Nilai Duit Kertas Anda




Cuba baca rajah di atas, fahamkah anda apa yang terjadi di atas? Pada setiap tahun, nilai duit kertas anda berkurang hari demi hari. Ini bererti, simpanan tunai jangka panjang anda berkurang dari masa ke semasa. Di dalam rajah tersebut, saya belum menunjukkan lagi nilai inflasi tahunan yang mengurangkan kuasa beli dari tunai yang anda miliki.

Bertukarlah segera kepada simpanan emas agar nilai tunai yang anda miliki dilindungi nilainya.

Wednesday, March 2, 2011

Miliki Emas Sekarang!!!

Rata-rata orang yang saya temui, majoritinya selalu berkata, " duit tak cukup lagi, nanti bila cukup saya beli emas ". Jawapan kasar saya adalah " Menipu ". Mengapa saya berkata sedemikian? Semasa harga emas baru dalam lingkungan RM10,400 untuk 100g, anda tidak mampu, kini harganya sudah RM16,000 ++. Lagilah anda tidak mampu.

Sikap kebanyakkan orang lebih kepada bertangguh. Sebenarnya anda tidak tahu kepentingan emas. Sebab itulah anda bertangguh. Jika anda benar0benar faham seperti anda lihat betapa pentingnya membeli rumah maka anda akan membeli emas dengan segera juga.

Nilai duit kertas akan susut nilainya dari hari ke hari. Simpanan yang anda perlukan untuk kegunaan masa hadapan mungkin juga tiada nilainya berbanding mereka yang menyimpan emas. Untuk memudahkan anda faham erti kata sebenar adalah berdasarkan contoh yang saya tunjukkan di bawah;

Pada tahun 1950an,

1 Dinar emas (4.25gram) = Seekor kambing = RM 50.

Kini;

1 Dinar emas (4.25gram) = Seekor kambing = RM 700.

Nampakkah Anda betapa nilai duit kertas yang anda miliki menyusut.

Saya merasa sungguh terkilan sekali walaupun terdapat banyak pihak yang ingin memberi tunjuk ajar cara-cara memiliki emas, namun anda masih bertangguh. Mungkin nanti apabila semua simpanan anda susut nilainya barulah anda akan tercari-cari emas. Ketika itu anda terpaksa membayar nilai sikap bertangguh yang anda lakukan sekarang.

Kepada mereka yang telah memiliki emas, tahniah kerana anda cuba memahami dan mengambil langkah positif demi masa depan anda. Kepada yang tidak lagi, sudah tiba masa anda untuk berubah seperti mereka yang telah mengubah diri mereka.

Tuesday, March 9, 2010

Membeli Emas Sebagai Aset

Apabila menceritakan membeli emas sebagai aset, saya rasa saya telah memperkatakan perkara ini hampir selama tiga tahun. Sangat selalu saya diajukan soalan mengapa perlu beli emas? Bagaimana nak beli emas? Kesimpulan yang mudah dapat saya katakan adalah masih ramai lagi di kalangan masyarakat kita yang tidak terdedah dengan emas. Apa yang mereka tahu hanyalah membeli barang kemas.

Kepada golongan wanita seringkali mereka mempertahankan keputusan membeli barang kemas. Kata-kata seperti ini sering diucapkan "masa susah nanti barang saya jugak ke dalam." Agak melucukan juga tetapi ini memang benar. Bagi lelaki pula, ayat yang selalu keluar adalah, " Asyik beli barang kemas je, membazirlah, kan boleh beli benda berfaedah".

Ada satu cerita yang saya ingin berkongsi di sini dan juga satu idea ingin saya sampaikan pada posting ini. Saya cerita dulu lah sebab orang lebih suka baca cerita berbanding nak fahamkan satu-satu teori atau idea. Bacalah posting yang akan datang untuk anda fahami idea atau konsep yang saya ingin kongsikan. Di posting ini kita berkongsi cerita ini terlebih dahulu.

Cerita saya ini dapat membayangkan saudara saudari betapa pentingnya ada emas sebagai simpanan. Tahun lalu,tahun 2009, di saat umat Islam sedang menjalankan ibadah puasa, dalam tempoh seminggu sahaja lagi untuk menyambut kedatangan Aidil Fitri, saya kehilangan seorang sepupu yang kembali ke Rahmatullah. Pemergian beliau sangat mengejut. Beliau merupakan seorang doktor muda yang sangat baik orangnya meninggal dunia pada umur 34 tahun. Oleh kerana beliaulah harapan keluarga, segala tanggungan keluarga di atas bahu beliau. Pemergiannya meninggalkan seorang ibu yang berstatus ibu tunggal dan seorang anak angkat.

Ibu beliau (makcik saya) sudah lama tidak bekerja dan semua perbelanjaan keluarga adalah tanggungjawab si arwah. Pemergiannya yang mengejut kerana sakit jantung telah menyebabkan ibunya kehilangan tempat bergantung. Beliau mempunyai insurans yang bernilai ratusan ribu ringgit, kereta mewah, simpanan di bank, ASB dan juga rumah. Namun begitu harus kita ingat, sekiranya kita tidak sempat mewariskan apa-apa kepada pewaris kita, apabila kita meninggal dunia, semua aset-aset kita akan dibekukan sehingga selesai urusan-urusan dokumentasi yang berkaitan. Begitu juga dengan insurans. Apabila keluar laporan penuh perubatan barulah wang pampasan insurans dibayar kepada pewaris.

Terfikir atau tidak saudara, apa yang membantu ibunya meneruskan segala kos-kos seharian dan segala belanja kenduri dan sebagainya? Selain sumbangan ahli keluarga dan jiran yang terdekat, ibunya dapatlah menjalani kehidupan seperti biasa dari sudut kewangan, melalui emas.

Arwah pernah memajakkan emas pada kuantiti yang agak banyak. Namun begitu, pajakan yang diberi hanyalah 65% sahaja dari nilai penuh emas miliknya. Apa yang ibunya lakukan adalah pergi menebus bagi pihak arwah dan menjualkan semula semua emas tersebut. Wang baki 35% yang tidak terpajak itulah yang menjadi perbelanjaan harian serta membayar tanggungan lain sehinggalah dia mendapat pampasan insurans arwah.

Cuba renungkan mendalam, saya rasa persoalan dari sesiapa sahaja yang bertanya kenapa perlu simpan emas, kenapa bukan aset lain, semuanya terjawab dengan cerita saya ini. Tiada aset lain yang dapat memberi kita tunai dalam tempoh kecemasan sebegitu kecuali emas. Emas merupakan aset yang terpaling tinggi kecairannya berbanding aset lain.

Jika anda ada rumah,esok anda ingin guna tunai, pasti anda tidak akan dapat kerana ia bukanlah barang yang dapat dijual dalam tempoh mengejut sebegitu. Begitu juga dengan tanah, kereta, ASB, FD dan sebagainya, kalau akaun itu bukan milik kita, pihak bank tidak akan membenarkan ia dikeluarkan sehingga jelas dokumentasi pewaris terhadap aset atau harta kita. Jadi tepuk dada tanyalah hati. Kejadian itu menguatkan lagi kepercayaan saya terhadap kecairan emas dan betapa bergunaya ia. Jadi kepada saudari atau puan-puan di luar sana, tidak mengapa membeli emas. Ianya sangat bagus. Bagi saudara-saudara dan tuan-tuan janganlah dimarahi isteri sekiranya mereka membeli barang kemas. Namun begitu membelilah dengan bijak.

Emas ini dinilai atas ketulenannya (karat emas tersebut) dan beratnya. Maka membeli rekabentuk terkini dan jenama adalah satu perbuatan yang merugikan diri kita sendiri. Jadi saudari-saudari dan puan-puan teruskanlah membeli manakala saudara-saudara dan tuan-tuan pula, pantaulah emas yang dibeli. Tekankan pada ketulenan dan berat bukan pada cantik rupa bentuk emas itu.

Akhir sekali, harap saudara saudari pembaca menuruti posting-posting saya yang akan datang kerana saya ingin berkongsi maklumat mengenai jenis barang kemas yang baik untuk dibeli dan yang mana pula kurang baik untuk dibeli.

Sunday, March 7, 2010

Bila & Cara Menjual Emas

Posting ini saya tidak akan bercakap panjang tetapi hanya tips yang sangat mudah tetapi selalu kesilapan dilalkukan. Elakkan trade in. Walaupun harga trade in selalunya lebih tinggi namun, anda boleh tawar menawar di kedai emas.

Jual emas anda dan ambil tunai sahaja, ketika harga emas sedang melonjak naik tinggi. Cuba bersabar sedikit walaupun terdapat barang kemas yang menarik dan ingin anda beli ketika itu. Beli semula apabila harga telah jatuh lebih kurang RM3 ke atas setiap gram.

Upah tukang boleh kita tawar menawar sebenarnya. Jangan anda bersetuju terus dengan harga upah yang dikenakan kepada anda.

Thursday, March 4, 2010

Menjual Emas Milik Anda

Terdapat beberapa faktor utama yang perlu anda kira sebelum menjual emas anda. perkara yang paling utama ialah melihat harga anda beli dahulu dan berapa pula harga yang anda akan terima bila anda jualkan emas anda.

Bagaiamana

Sunday, February 28, 2010

Ilmu Asas Sebelum Membeli Emas

Tidak kira samada anda membeli emas sekadar perhiasan mahupun untuk tujuan pemilikan aset ataupun pelaburan, perkara pertama yang anda harus tahu adalah harga.

Harga adalah asas pertama yang anda perlu tahu. Adakah harga yang anda lihat di kedai emas merupakan harga asas pada emas? Jawapannya tidak.
Harga emas yang sebenar, berubah secara harian. Lihat harga di suratkhabar dan telivisyen. Itulah harga emas yang sebenar di pasaran dunia. Bandingkan dengan harga yang anda beli di kedai-kedai emas. Anda akan lihat perbezaan yang besar pada harga tersebut.

Pernyataan di atas bukanlah untuk anda mengatakan harga di kedai emas mahal atau murah. Ia adalah sekadar satu ilmu yang anda perlu tahu kerana ia penting untuk proses menjual semula emas anda sekiranya anda berminat berbuat demikian. Terdapat faktor-faktor dan risiko tertentu menyebabkan kedai emas meletakkan harga jualannya sebegitu.

Langkah yang utama sebagai pembeli adalah menjadi pembeli yang bijak. Itu sahaja. Di bawah ini saya akan membuat satu garisan harga berkaitan harga emas yang terdapat di Malaysia.

*........hPB................hLL................hB.....................xxx.................hBR.................hKE
RM118 RM121 RM123 RM130 RM142 RM146
* Harga yang dinyatakan di atas hanyalah contoh, namun perbezaan harga yang diletakkan adalah hampir 100% tepat dari harga sebenar jualan institusi-institusi kewangan yang disebutkan dan juga kedai emas. Harga di atas merupakan harga emas 999.9 (24 karat) dan telah dibundarkan kepada ringgit yang terhampir.

hLL = Harga Local London (harga semasa emas dunia secara harian).
hB = Harga Bank (harga jualan insitusi-institusi kewangan yang menjual emas).
xxx = Harga sesetengah syarikat tawarkan untuk emas yang mereka jual.
hBR = Harga yang ditawarkan Bank Rakyat untuk gadaian skim Ar Rahnu mereka.
hKE = Harga Kedai Emas (selalunya berdasarkan harga persatuan iaitu dari FGJAM.
hPB = Harga Peraih Beli emas anda atau emas sesiapa sahaja di pasaran.

Sila baca artikel berikutnya berkenaan jualan emas anda supaya anda dapat faham cara mendapatkan keuntungan dari emas yang anda miliki.

Saturday, February 27, 2010

Selamat Datang ke Blog Ilmu Emas

Blog ini saya mulakan dengan tujuan berkongsi ilmu pengetahuan yang saya tahu serba sedikit tentang emas.

Blog ini bukanlah tempat untuk saya mempromosikan mana-mana produk yang syarikat saya bekerja tawarkan. Saya mengalu-alukan sebarang komen dari pembaca blog ini, artikel anda sendiri ataupun soalan. Saya amat berharap blog ini menjadi platform kepada anda di luar sana jadikan asas sebelum anda terlibat dengan mana-mana belian ataupun pelaburan tentang emas.

Saya juga berharap ada artikel-artikel tambahan dari sesiapa yang berpengalaman atau memiliki ilmu tentang emas menghantar 'post' anda di sini agar dapat kita berkongsi bersama.

Akhir kata, diharap blog ini tidak dijadikan platform untuk anda berniaga. Anda boleh membuat signature atau link kepada blog anda sendiri.

Sekian terima kasih.